Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara , dan pencemaran air dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula memainkan peranan yang penting dalam kehidupan semua manusia.
Antara kepentingan persekitaran yang lebih sihat dan selesa juga diperolehi dengan mengamalkan cara kitar semula yang betul. Sampah sarap yang banyak akan menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran serta mencemarkan nama negara. Kitar semula ini dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada menular dengan cepat. Kitar semula ini dapat mengurangkan pencemaran akibat daripada longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah yang mana merupakan salah satu punca daripada tiga pencemaran utama.
Manakala langkah untuk memastikan amalan ini diamalkan ialah amalan gotong-royong dimana ia mampu menjamin kebersihan persekitaran sekaligus mengumpulkan bahan kitar semula dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama agar kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua pihak harus memainkan peranan agar alam sekitar kita dapat dijaga dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga bumi ini daripada ancaman kemusnahan.
Selain itu , punca-punca alam sekitar berpunca daripada sikap individu yang tidak bertanggungjawab. Hal ini sedemikian kerana individu tersebut tidak mempunyai kesedaran diri untuk menjaga alam sekitar. Sesetengah daripada individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap di merata tempat . Kesannya, tempat-tempat berkenaan akan tercemar. Oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya menyediakan tong sampah di semua tepat dengan papan tanda agar dapat memberi kesedaran kepada semua masyarakat. Melalui ini kita dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.
Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan agar kita dapat memelihara dan memulihara alam sekitar kita daripada pencemaran alam sekitar . Semua pihak harus berganding bahu untuk meghapuskan pencemaran alam sekitar di negara kita. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara .
sekitar berpunca daripada sikap individu yang tidak bertanggungjawab .Hal ini sedemikian kerana individu kerana individu tersebut tidak mempunyai kesedaran diri untuk menjaga alam sekitar. Sesetengah daripada individu yang sewenpat- tempat berkenan akan tercemar.Oleh itu,pihak kerajaan juga iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menyediakan tong sampah yang banyak bagi mengelakkan pembuangan sampah sarap yang berleluasa ditempat yang tidak sepatutnya.